Jom Berinfaq, Pahalanya Sentiasa Mengalir Walau Nyawa Telah Tiada

 


 

 

Peluang Infaq Van ini tidak datang kepada semua orang, maka beruntunglah mereka yang merebut peluang ini walau sekali seumur hidup.


 

 

HAMPIR SETIAP MINGGU ADA JENAZAH YANG PERLU DIURUSKAN

 

 

VAN JENAZAH YANG SEDIA ADA SUDAH TERLALU UZUR

 

 

ADA KALANYA DALAM SEHARI PERLU MENGURUSKAN BEBERAPA JENAZAH SERENTAK, VAN YANG ADA TIDAK MENCUKUPI

 

BEGITU JUGA MADRASAH YANG TIDAK MEMPUNYAI VAN PENGANGKUTAN SEHINGGA MENGGANGU PROSES PEMBELAJARAN.

 

 

Inilah realiti yang berlaku di beberapa masjid dan madrasah di negara kita. Ramai yang terlepas pandang akan perkara ini dan ramai yang tidak mengambil peduli kepentingan adanya van jenazah di setiap masjid dan keperluan van pengangkutan pelajar di madrasah.

 

 

Keadaan ini menyebabkan ada pihak mengambil kesempatan dengan menyediakan khidmat van jenazah tetapi mengenakan caj yang agak mahal. Bayangkan mereka yang tidak berkemampuan tetapi tiada pilihan lain untuk membawa pulang jenazah dari hospital/masjid atau ke tanah perkuburan.

 

 

Sudahlah kesedihan kerana kehilangan insan tersayang, tetapi dibebani pula dengan caj van jenazah yang mahal.

 

 

Bagi meringankan beban ini, Pertubuhan Kebajikan Abdul Rahman bin Auf menubuhkan Projek Wakaf Van Jenazah & Madrasah bagi mengumpul dana untuk mewakafkan van kepada masjid dan madrasah yang terpilih.

 

 

Alhamdulillah, hasil usaha bersama dan sumbangan rakyat Malaysia yang prihatin, 17 buah masjid, surau serta madrasah telah menerima van jenazah wakaf ini.

 

 

SENARAI MASJID/MADRASAH YANG TELAH MENERIMA VAN WAKAF

 

 

 

 

 

1. Masjid Dar Annadwah, Kedah (26 Okt 2022)

2. Masjid Syarifah Husna, Kedah (7 Nov 2022)

3. Madrasah Takwiyatul Islamiah, Kedah (21 Mac 2023)

4. Madrasah Darul Uloom Zakariyya, Pulau Pinang (31 Mac 2023)

5. Sriti At-Furqon, Kelantan (15 Jun 2023)

6. Masjid Kg. Tembak, Kedah (21 Jun 2023)

7. Masjid Abdul Rahman Pengkalan Kakap, Kedah (18 Julai 2023)

8. Surau Taman Desa Permai, Negeri Sembilan (30 Julai 2023)

9. Maahad Addawah Al-Islamiyah, Pulau Pinang (6 Ogos 2023)

10. Masjid Felda Bukit Kepayang, Pahang (10 Sept 2023)

11. Masjid Sultan Alang Iskandar Shah, Perak (30 Sept 2023)

12. Kelab Rekreasi Bukit Beremban, Negeri Sembilan (26 Nov 2023)

13. Maahad Tahfiz Darul Quran, Kedah (8 Jan 2024)

14. Maahad Tahfiz Maghrifah, Negeri Sembilan

15. Maahad Tahfiz Al-Fateh, Kedah (21 Jun 2024)

16. Masjid Al-Islah, Kedah (21 Jul 2024)

17. Masjid Hj Osman, Kota Belud (5 Sept 2024)

 

 

 

SENARAI MASJID YANG MASIH MENUNGGU

 

 

 

 

 

Kos sebuah van

RM125,800

 

Jom berinfaq serendah RM50 / 1lot

 

 

 

     

 

 

 

 

Van yang berteknologi tinggi melancarkan perjalanan penghantaran jenazah. 

 

 

 

Ruang yang luas turut memberi keselesaan kepada penumbang terutamanya bagi perjalanan jarak jauh.

 

 

Sudah menjadi Fardu Kifayah buat kita dalam membantu pengurusan jenazah ini.Justeru, kami ingin mengajak anda semua untuk rebut peluang  BERINFAQ yang pastinya dapat menggandakan lagi saham akhirat kita.

 

 


Pertubuhan Kebajikan Abdul Rahman bin Auf

 

Pertubuhan Kebajikan Abdul Rahman bin Auf dahulunya dikenali sebagai Koperasi Komuniti Bandar Laguna Merbok yang terletak di Gurun Kedah ditubuhkan khas bagi menjalankan projek wakaf van jenazah. Alhamdulillah, sejak projek ini dilancarkan, beberapa buah masjid, surau dan madrasah telah pun menerima van wakaf ini hasil dari sumbangan orang ramai.

 

Kami berhasrat untuk membantu lebih banyak masjid dan madrasah yang memerlukan bagi mendapatkan van. Namun, kami memerlukan sokongan dan sumbangan dari anda semua bagi menjayakan usaha ini.

 

 

Bayangkan jika anda turut serta berinfaq untuk pembelian van ini, selagi mana van tersebut digunakan, selagi itulah pahala terus mengalir buat anda.

 

 

 

“Jika seseorang manusia mati maka terputuslah daripadanya amalnya kecuali dari 3 perkara; dari sedekah jariah atau ilmu yang diambil manfaatnya atau anak soleh yang mendoakannya” 

(Hadis Riwayat Muslim)

 

 

 

BANK ISLAM

 

Pertubuhan Kebajikan Abdul Rahman Bin Auf

 

02084010050748

 

 

 

 

Untuk meneruskan sumbangan anda, mohon dibacakan sekali lafaz sumbangan seperti di bawah:

 

“Saya dengan ini menyumbang sebanyak (jumlah wang yang disumbangkan) atas nama (niat sumbangan atas nama sendiri atau pihak lain) untuk pembelian van jenazah/madrasah kerana Allah SWT”

 

Selepas membaca akad ini, anda boleh isi borang maklumat di bawah dan membuat transaksi sumbangan.

 

 

 

Langkah 1 Butiran Sumbangan

KeteranganKuantitiAmaun
Infaq Van Jenazah & Madrasah
RM30
RM30.00
RM0.00
RM50
RM50.00
RM0.00
RM100 (digalakkan jika mampu)
RM100.00
RM0.00
RM1000
RM1,000.00
RM0.00
JumlahRM0.00
Tambahan RM2.00 untuk cas transaksi payment gateway

Langkah 2 Maklumat Penderma

Langkah 3
Kaedah Bayaran

Pay with online banking Maybank2u, CIMB Clicks, Bank Islam GO and more banks from Malaysia via FPX.
Redirecting to payment gateway page...